Live: Malaysia vs Vietnam, Kesebelasan Utama & Siaran TV Kelayakan Piala Asia
MakanBola
FA Malaysia

Aksi tumpuan ramai di pusingan Kelayakan Piala Asia bakal menemukan Malaysia vs Vietnam di Bukit Jalil.

Malaysia dan Vietnam ketika ini memiliki momentum terbaik selepas masing-masing membuka kempen Kelayakan Piala Asia dengan kemenangan ke atas Nepal dan Laos pada Mac lalu.

Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Peter Cklamovski percaya isu latar belakang pemain warisan yang menjadi bualan hebat di media sosial ketika ini tak menggangu fokus para pemain.

“Ia (isu pemain warisan) tidak mengganggu secara dalaman.”

“Kita sudah melakukan persiapan yang bagus dan kita ada pemain baharu yang datangnya dari luar negara dan mereka merupakan rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, Kim Sang-sik selaku pengendali Vietnam meramal aksi di Bukit Jalil ini bakal menjadi pertembungan sengit dan mencabar dalam misi skuad Bintang Emas bagi mara ke Piala Asia.

”Ini adalah aksi paling penting dan akan menjadi pertemuan paling sukar dalam perjalanan ke Piala Asia,” ulas Kim Sang-sik ketika sidang media pada Isnin.

”Akan tetapi jika pasukan Vietnam bermain dengan baik dan bersatu hati sebagai sebuah unit, kami mampu memperoleh mata penuh di laman lawan,” tambah beliau.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Vietnam

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Info Siaran Langsung Malaysia vs Vietnam

Tarikh: 10 Jun 2025 (Selasa).
Masa: 9.00 Malam.
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola & Sukan RTM.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com..