Saksikan sidang media pra-perlawanan Malaysia vs Vietnam dan sesi latihan rasmi pasukan pada Isnin.
Bahang kehangatan aksi Malaysia vs Vietnam semakin dapat dirasai oleh kerana pertembungan epik ini bakal jadi penentu hala tuju kedua-dua negara dalam perjalanan ke Piala Asia.
Pasukan Harimau Malaya yang diperkuat 5 tonggak warisan baharu bakal melayani kunjungan Vietnam di hadapan lebih 30 ribu penyokong di laman keramat, Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pada aksi kali ini, pasukan negara bukan sahaja turun dengan misi mengutip 3 mata di tempat sendiri, malah Malaysia juga mahu menamatkan kemarau kemenangan 11 tahun di tangan Vietnam.
Sekiranya kemenangan menjadi milik negara, tambahan mata sebanyak +13.99 sekaligus melonjakkan kedudukan pasukan kebangsaan ke tangga 126 dunia dan menghampiri kelompok 120 dunia.
Info Siaran Langsung Sidang Media Pra-Perlawanan Malaysia vs Vietnam & Latihan Rasmi Pasukan
Tarikh: 9 Jun 2025 (Isnin).
Masa: 11.30 pagi.
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.