Malaysia berpeluang untuk menambah baik kedudukan ranking FIFA sekiranya berjaya menewaskan jaguh Asia Tenggara, Vietnam.
Skuad kendalian Peter Cklamovski telah memulakan kem latihan pusat sejak 18 Mei lalu dalam misi untuk menamatkan penantian 11 tahun kemenangan ke atas The Golden Star.
Harimau Malaya membuka kempen dengan cemerlang apabila menewaskan pasukan ke-175 dunia, Nepal dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Mac lalu.
Malaysia turut melakukan persediaan rapi apabila mengadakan dua aksi persahabatan menentang pasukan ke-72 dunia, Cape Verde.
Kemas kini ranking FIFA menyaksikan pasukan kebangsaan berpeluang mengaut tambahan mata sebesar +13.99 sekiranya menewaskan Vietnam di Bukit Jalil.
Hal ini bakal membantu Harimau Malaya untuk mengumpul 1135.54 mata sekali gus melonjak 5 tangga untuk menembusi kelompok 120 terbaik dunia iaitu pada kedudukan ke-126 dunia.
Vietnam pula bakal menaggung kerugian besar jika tewas di laman lawan dan bakal turun ke tangga 114 dunia dengan 1169.84 mata.
Pertemuan Malaysia vs Vietnam dijadualkan berlangsung pada 10 Jun 2025 jam 9.00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.