Tiket Aksi Malaysia vs Vietnam ‘Laku Keras’
MakanBola
FA Malaysia

Aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Vietnam dijangka mendapat sambutan hangat penyokong.

Ini berdasarkan statistik jualan tiket perlawanan yang dikongsikan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak beberapa hari lalu.

Bermula dari 11,653 tiket yang terjual pada 3 Jun lalu, angka terkini menyaksikan hampir 30,000 tiket perlawanan sudah terjual.

Bilangan penyokong yang hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dijangka semakin bertambah terutama pada hari perlawanan iaitu 10 Jun.

Hal ini dibantu dengan kehadiran beberapa muka baharu yang menyertai skuad Harimau Malaya untuk aksi tersebut.

Antara muka baharu yang menyertai kem kali ini ialah Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Rodrigo Holgado, Facundo Garces dan Imanol Machuca.

Seandainya mereka beraksi dalam perlawanan tersebut, ini memberi peluang kepada penyokong untuk melihat penampilan pertama mereka bersama Harimau Malaya.