Tonton aksi Mexico vs Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung dari Stadium Azteca.
Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 akhirnya membuka tirainya dengan aksi pembukaan menyaksikan pertemuan Mexico vs Afrika Selatan di Stadium Azteca bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak di seluruh dunia ketika ini.
Mexico sebagai salah satu pasukan tuan rumah Piala Dunia FIFA kali ini pastinya turun membawa misi utama bagi melakar kemenangan pertama lebih-lebih lagi tampil beraksi di hadapan kira-kira puluhan ribu peminat sendiri.
Tugasan mencabar pula menanti Afrika Selatan yang perlu mencari jalan bagi menghadapi tekanan bermain di tempat lawan ketika prestasi di atas padang yang kurang memuaskan membelenggu skuad Bafana Bafana ini.
Dalam 5 perlawanan terakhir, Afrika Selatan gagal mencipta sebarang kemenangan dengan hanya sekadar seri tiga kali serta tumbang kepada Panama dan Cameroon, sekali gus terus menanti kemenangan di tahun 2026.
Berbeza pula dengan Mexico yang masih belum kalah dalam 8 perlawanan terakhir dan dilihat memiliki momentum positif untuk memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan langkah kanan di tanah air sendiri pada awal pagi Jumaat.
Rekod pertemuan menyaksikan kedua-dua negara hanya pernah bertemu sekali ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan yang menyaksikan aksi di Johannesburg berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Kesebelasan Utama Mexico vs Afrika Selatan
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Mexico vs Afrika Selatan
Tarikh: 12 Jun 2026 (Jumaat)
Masa: 3 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium Azteca, Mexico City.
Siaran Langsung: Unifi TV dan RTM Klik.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.