Tonton aksi Perancis vs Maghribi dalam pusingan suku akhir Piala Dunia 2026 secara langsung dari Stadium Gillette, Foxborough, USA.
Pertarungan suku akhir Piala Dunia FIFA antara Perancis vs Maghribi bakal menjadi tumpuan peminat di seluruh dunia dengan kedua-dua pasukan akan turun menggalas tanggungjawab penting untuk memburu tempat ke separuh akhir.
Perancis dan Maghribi ketika ini berada di tahap prestasi terbaik dengan rekod tanpa tewas sepanjang kejohanan Piala Dunia kali ini berlangsung sekali gus memberikan gambaran perlawanan sengit akan disajikan buat para peminat.
Berdasarkan rekod terdahulu, Perancis berjaya mencatat kemenangan dalam satu-satunya pertemuan menentang Maghribi ketika aksi separuh akhir Piala Dunia FIFA 2022 yang menyaksikan negara dari Eropah itu menang dengan keputusan 2-0.
Gandingan Kylian Mbappe, Michael Olise dan Ousmane Dembele dijangka terus menjadi taruhan di jentera serangan Perancis sementara Maghribi pula akan menurunkan kesebelasan utama diketuai oleh bek kanan terbaik dunia, Achraf Hakimi.
Kesebelasan Utama Perancis vs Maghribi
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Perancis vs Maghribi
Tarikh: 10 Julai 2026 (Jumaat)
Masa: 4 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium Gillette, Foxborought, USA.
Siaran Langsung: Unifi TV dan RTM Klik.