Tonton aksi Perancis vs Sepanyol dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026 secara langsung dari Arlington, USA.
Pertemuan yang dinantikan ramai melibatkan Perancis vs Sepanyol menjadi penentu tiket ke final Piala Dunia 2026 dengan kedua-dua negara ketika ini berada di tahap terbaik selepas mencatatkan rekod gah dalam perjalanan ke separuh akhir.
Perancis menjadi pasukan dengan jaringan gol terbanyak sepanjang kempen Piala Dunia kali ini sementara Sepanyol pula memegang rekod bolos paling sedikit apabila cuma dibolosi sekali ketika atasi Belgium 3-1 pada aksi suku akhir lalu.
Khabar gembira buat kem Perancis apabila Kylian Mbappe disahkan cergas 100% dan bersedia bagi perlawanan menentang Sepanyol ini selepas timbul keraguan mengenai tahap kecederaan yang dialaminya semasa aksi sebelum ini.
“Kylian Mbappe tunjuk perkembangan yang baik. Beliau (capai tahap kecergasan) 100%. Kita tak boleh langkaui 100%, jadi beliau memang (cergas) 100%,” ujar Didier Deschamps ketika sidang media praperlawanan.
Manakala, Sepanyol pastinya turun sambil membawa rekod 3 kemenangan ke atas Perancis dalam 5 pertemuan sepanjang 9 tahun sejak 2017 sebelum ini, dengan aksi terakhir dimenangi La Roja 5-4 ketika perlawanan Nations League tahun lalu.
Kesebelasan Utama Perancis vs Sepanyol
Info Siaran Langsung Perancis vs Sepanyol
Tarikh: 15 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 3 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium AT&T, Arlington, USA.
Siaran Langsung: Unifi TV dan RTM Klik.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.