Tonton aksi Selangor vs Kuching City dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia secara langsung dari Stadium MBPJ.
Perlawanan tumpuan antara Selangor vs Kuching City akan menjadi penentuan tiket ke final Piala Malaysia dengan aksi timbal balik pertama bakal diadakan di Kelana Jaya terlebih dahulu.
Aksi ini dijangka sengit ketika mana kedua-dua pasukan kini berada dalam prestasi terbaik dengan Selangor masih belum tewas dalam 12 perlawanan di bawah kendalian Kim Pan-gon.
Sementara, Kuching City pula hanya tewas sekali dalam 8 aksi terakhir mereka, dengan kekalahan itu hadir di tangan Selangor dalam saingan Liga Super pada 22 Februari yang lalu.
Pengendali Selangor, Kim Pan-gon sedar dengan ancaman 5 tonggak utama Kuching City, namun masih percaya pemain-pemain Gergasi Merah mampu menyekat usaha dari pasukan lawan itu.
”Ramai (pemain Kuching City yang perlu diberi perhatian). Penyerang kedua mereka, tiga pemain tengah, malah Ramadhan (Saifullah) juga mempamerkan peningkatan.
“Tetapi, saya masih yakin pemain kami mampu menyekat mereka,” komen Kim Pan-gon semasa ditemui di padang latihan Selangor pada Jumaat.
Kesebelasan Utama Selangor vs Kuching City
Info Siaran Langsung Selangor vs Kuching City
Tarikh: 5 April 2025 (Ahad).
Masa: 8.15 malam
Venue: Stadium MBPJ.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.