Advertising
Live: Selangor vs PDRM, Kesebelasan Utama & Siaran TV MFL Challenge Cup
MakanBola
Selangor FC

Aksi final pertama MFL Challenge Cup antara Selangor vs PDRM bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan.

Saingan MFL Challenge Cup sudah semakin hampir menutup tirainya dengan dua kelab dari Lembah Klang iaitu PDRM dan Selangor akan bersaing bagi merebut gelaran juara edisi ini.

PDRM hadir ke pentas final ini dengan status juara bertahan musim lalu dan pastinya meletakkan harapan besar untuk mempertahan kejuaraan yang diraih oleh mereka musim lalu.

Ad

Sementara Selangor pula antara pasukan yang dikenali akan turun berbekalkan momentum 10 aksi tanpa kalah dan mahu menambah koleksi trofi MFL Challenge Cup di dalam kabinet.

Ad

Menurut P. Maniam, kejayaan pasukan mara ke final buat kali kedua berturut-turut dilihat sebagai satu kebanggaan kerana bukan mudah untuk sesebuah pasukan kekal konsisten.

”Saya rasa kemaraan kami ke final Challenge Cup ini adalah satu kejayaan kerana bukan tugas mudah untuk bermain di sini berturut-turut,” kata P. Maniam ketika sesi sidang media.

Ad
Ad

Kesebelasan Utama Selangor vs PDRM

Ad

Info Siaran Langsung Selangor vs PDRM

Tarikh: 15 Februari 2025 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam.
Venue: Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Siaran Langsung: Astro Arena Bola.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.