Tonton final Piala Dunia 2026 anrara Sepanyol vs Argentina secara langsung dari Stadium MetLife, USA.
Kemuncak kejohanan Piala Dunia 2026 menyaksikan pertemuan antara Sepanyol vs Argentina menjadi penentu takhta kejuaraan pada edisi kali ini.
Sepanyol yang merupakan juara edisi 2010 di Afrika Selatan membawa rekod kebal yang menarik ke pentas final apabila hanya dibolosi sekali dalam 7 perlawanan Piala Dunia ini.
Sementara, Argentina pastinya mahu mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 4 tahun lalu di Qatar sekali gus menjadi penutup indah kepada ayam tambatan La Albiceleste, Lionel Messi di kejohanan tertinggi di dunia.
Rekod pertemuan menyaksikan Sepanyol berjaya memenangi 3 daripada 5 perlawanan menentang Argentina dan kali terakhir mereka bertemu pada tahun 2018 dengan aksi berakhir dengan kemenangan 6-1 memihak La Roja.
Kesebelasan Utama Sepanyol vs Argentina
Info Siaran Langsung Sepanyol vs Argentina
Tarikh: 20 Julai 2026 (Isnin)
Masa: 3 pagi waktu Malaysia.
Venue: Stadium MetLife.
Siaran Langsung: Unifi TV dan RTM Klik.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.