Advertisement
Liverpool Dimalukan Kelab Divisyen 2 Jerman
EPL
MakanBola
Liverpool FC

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dimalukan kelab 2.Bundesliga, Greuther Furth apabila diikat 4-4 dalam aksi pra-musim di MS-Technologie-Arena hari ini.

Anak-anak buah Jurgen Klopp membuka tirai jaringan menerusi Luis Diaz pada minit ke-22. Kedudukan 1-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Greuther Furth menjaringkan gol penyamaan menerusi Julian Green pada minit ke-47 selepas penjaga gol Reds, Adrian membuat kesilapan.

Tetapi penyerang Uruguay, Darwin Nunez menebus kesilapan rakan sepasukannya menerusi dua gol pada minit ke-50 dan 59.

Greuther Furth kemudiannya menyumbat tiga gol dalam tempoh 10 minit menerusi Lukas Petkov dan dua gol Armindo Sieb.

Mohamed Salah memastikan maruah Reds tidak tercalar dengan gol penyamaan pada minit ke-89. Selepas ini, Liverpool bakal berdepan Leicester City dalam satu lagi aksi pra-musim pada 30 Julai ini.