Group WhatsApp United & Arsenal Meriah, Liverpool Tewas Memalukan

EPL
March 1, 2020

Keting-keting bunyi group WhatsApp peminat Manchester United dan Arsenal setelah Liverpool tewas kepada pasukan belasan, Watford 3-0 di Vicarage Road, Hertfordshire.

Sebelum ini pasukan pertengahan liga, Manchester United menewaskan Watford 3-0 di Old Trafford dan ini bermakna Liverpool diambang kejatuhan semula.

Liverpool yang tampil gah dengan kesebelasan utama pasukan benar-benar tersentak apabila Ismaila Sarr menjaringkan dua gol unik pada minit ke-54 dan 60.

Troy Deneey menghukum kealpaan pertahanan Liverpool setelah menyepak deras bola dalam kotak penalti pada minit ke-72 menjadikan kedudukan 3-0 dan kekal hingga tamat permainan.

Klopp nyata kecewa apabila pasukan pimpinannya gagal memecahkan rekod Arsenal yang tidak kalah pada sebarang perlawanan Liga Inggeris pada musim 2003-2004. Tambahan lagi keperitan rekod tanpa tewas Liverpool dipadam oleh pasukan bawahan liga dengan jaringan yang besar.

“Kini kami bebas dan tidak perlu lagi memecahkan sebarang rekod. Kami hanya perlu menang setiap perlawanan dan itu apa yang kami akan buat,” jelas Klopp melegakan hatinya yang berbolak balik.

Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
Follow Telegram @makanbola untuk dapatkan berita bola sepak Malaysia terus di telefon bimbit anda.
101 views

By Syafiq Freman
@syafiqfreman

Terbaru