Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pertembungan perlawanan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang melibatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Urawa Red Diamonds bakal bertukar venue.

Hal ini susulan peningkatan kes Covid-19 yang berlaku di Jepun dengan merekodkan lebih 230,000 kes harian.

Sebelum ini, venue perlawanan getir ini dijadualkan berlangsung di Stadium Saitama, Jepun pada tanggal 19 Ogos ini.

Advertisements

Walau bagaimanapun, menerusi satu pengumuman rasmi oleh laman Urawa Ted Diamonds semalam, venue perlawan ini sekali lagi bertukar tempat.

Sungguhpun sebelum ini, ada ura-ura mengatakan bahawa perlawanan ini berkemungkinan akan dijalankan di Stadium Sultan Ibrahim, namun hasrat seluruh peminat bola sepak tanah air seakan tidak kesampaian.

Menerusi satu hantaran oleh Urawa Reds, tiket perlawanan ACL ini akan mula dijual di Sapporo seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Advertisements

Namun begitu, perlawanan nampaknya sudah diubah apabila Stadium Shibuya 2 bakal menjadi lokasi rasmi bagi perlawanan ini.

Perlawanan ini amat penting buat kedua-dua pasukan tatkala JDT sudah pasti mahu melakukan segalanya untuk memenangi aksi ini sementara juara dua kali Asia ini memiliki kemampuan tersendiri untuk meraih kemenangan.

517F6C0C 41B0 4038 8D44 B1BBEB1F7A5B Lokasi Perlawanan JDT & Urawa Reds Ditukar
FB: Urawa Reds
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram