Advertisement
Luahan Hati Media Jepun Mengenai Peningkatan Mendadak JDT
Dunia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Prestasi cemerlang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah pastinya mendapat perhatian di serta Asia apabila tampil dengan satu kempen yang sangat memberangsangkan musim ini.

Berada dalam kumpulan yang agak sukar tidak mematahkan semangat juang anak didik Benjamin Mora untuk terus berusaha meraih keputusan yang positif.

Hasilnya, pasukan Harimau Selatan berjaya meraih dua kemenangan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal sebelum tewas kepada Kawasaki Frontale baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, menurut satu akaun media sosial bola sepak Jepun, mereka sangat teruja dengan apa yang ditonjolkan oleh JDT dalam saingan kali ini sungguhpun tewas besar dengan jaguh no. 1 Asia itu dengan rombakan besar-besaran dilakukan dalam kesebelasan utama.

Mereka juga mengakui bahawa pasukan yang disaksikannya itu sudah pun meningkat dari pelbagai aspek dalam usaha untuk mara dengan lebih jauh di pentas tertinggi Asia itu.

‘Mereka sudah pun bertambah baik dengan sangat bagus sejak kebelakangan ini dan mereka akan terus meningkat.’

‘Saingan ACL masih belum berakhir dan kami sangat teruja untuk melihat mereka dalam saingan 16 pasukan terbaik.’

Bukan itu sahaja, media Jepun itu juga tidak dapat melupakan keindahan Stadium Sultan Ibrahim yang digambarkan sebagai sebuah stadium yang elit dan berkelas dunia.

JDT kini perlu meraih sekurang-kurangnya 4 mata dengan Ulsan Hyundai dan juga Guangzhou FC menanti bagi menjadi cabaran terbesar pasukan.

https://twitter.com/j_football_now/status/1518264001507241984?s=21&t=qHsZWJ6st0on2o1gj_1gRA