Luqman, Ajmal, Hakimi Dan Quentin Dapat Pelepasan Awal, Akan Lapor Diri Hari Ini
Dunia
Football Association of Malaysia
Advertisements

Empat tonggak muda skuad senior negara, Luqman Hakim, Mukhairi Ajmal, Hakimi Abdullah dan Quentin Cheng dimaklumkan bahawa mereka telah diberi pelepasan awal bagi menyertai skuad persediaan pasukan B22 negara.

Ini susulan empat pemain ini masih perlu menjalani kuarantin 14 hari selepas selesai kempen persahabatan di Jordan tempoh hari. Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena Zulhelmi Zainalazam, nama Luqman, Ajmal, Hakimi dan Quentin telah mendapat pelepasan awal apabila akan melapor diri bersama skuad B22 negara pada Isnin.

Skuad kendalian Brad Maloney sebelum itu memanggil empat pemain ini bagi memperkuat skuad muda negara yang bakal bertolak ke Mangolia minggu ini. Namun senarai akhir 23 pemain yang akan ke Mongolia akan dimuktamadkan selepas sahaja selesai perlawanan ujian bertemu Kedah.

Advertisements

Tiga siri perlawanan skuad B22 negara menyaksikan kekalahan pada perlawanan pertama ketika menentang Negeri Sembilan FC dan kemenangan pada perlawanan kedua menentang Penang FC. Baki lagi satu perlawanan bakal menyaksikan skuad ini bertemu Kedah FC pada petang ini.

Dengan kehadiran pemain dari skuad senior ke skuad muda kali ini, iainya pasti akan memperkemaskan lagi barisan kesebelasan utama Brad Maloney. Pengalaman dan kemahiran yang ada pada pemain-pemain ini pastinya akan terus ditagih dalam membantu skuad B22 negara memperagakan aksi yang mantap kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram