Kontrak penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin di Jepun difahamkan bakal berakhir.
Pemain berusia 22 tahun itu menyertai kelab J3 League, Yokohama SCC pada awal tahun ini namun bergelut untuk mendapatkan tempat.
Beliau sudah lama tidak berada dalam skuad Yokohama SCC sungguhpun mendapat permulaan yang cukup baik ketika awal musim.
Berdasarkan perkongsian oleh laman Yokohama SCC, kelibat anak jati Kota Bharu itu kali terakhir dilihat pada sesi latihan 18 Julai 2024 yang lalu.
Kemas kini oleh laman Transfermarkt juga menyaksikan kontrak pemain pinjaman KV Kortrijk ini bakal berakhir pada Disember 2024.
Luqman Hakim hanya membuat 5 penampilan sepanjang 8 bulan berkelana di Jepun dan kebanyakannya beraksi sebagai pemain gantian.
Sebelum ini, beliau telah beraksi di Iceland juga sebagai pemain gantian namun bergelut untuk meraih peluang beraksi di sana.

Beliau juga sebelum ini telah membantu kempen Piala Asia B-23 di Qatar namun Malaysia B-23 hanya berpuas hati pada peringkat kumpulan.