Luqman Hakim Disisihkan, Wan Kuzri Ditagih Perkuat Pasukan
Dunia
FAM
Advertisements

Pemain muda yang sedang berkelana di bumi Belgium, Luqman Hakim Shamsuddin tidak dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat B-23 kebangsaan. Pada semalam, pihak FAM telah mengeluarkan senarai nama 30 orang pemain yang dipanggil ketua jurulatih, Brad Maloney.

Pasukan kendalian Brad Maloney akan mula berkampung pada Khamis, 27 Januari 2022. Kem latihan kali ini sebagai persiapan pasukan menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja bermula daripada 14 hingga 26 Februari 2022.

Menurut kenyataan daripada FAM, Brad Maloney hanya mengekalkan seramai sembilan orang pemain daripada skuad  Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober lalu. Selebihnya baki pemain lain adalah daripada muka-muka baharu dan aset terbaru pasukan, iaitu Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal pemain yang sedang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Advertisements

Antara sembilan pemain yang dikekalkan ialah Umar Hakeem Suhar Rezwan, Shafi Azswad Sapari, Faiz Amer Runnizar, Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Azhad Harraz Arman, Nur Azfar Fikri Azhar, Syed Nasrulhaq Syed Bidin, T. Saravanan dan Aiman Afif Afizul.

Kehadiran Wan Kuzri pasti akan menambah seri dalam pasukan. Khidmat tonggak muda itu pasti akan dimanfaatkan sebaik mungkin dan kemunculan pemain itu pastinya dinanti-natikan peminat bola sepak tempatan.

Skuad B-23 kebangsaan dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari 2022 bagi menghadapi saingan Kejuaraan B-23 AFF 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram