Advertisement
Luqman Hakim Jawab Tuduhan Liga Iceland ‘Kecil’
Dunia
MakanBola
LuqmanSham10

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin menyifatkan cabaran yang ditempuhi di luar negara adalah berbeza dengan aksi di Malaysia.

Pemain berusia 20 tahun itu kini beraksi buat pasukan di Iceland, Njardvik FC selepas melengkapkan perpindahan semusim dari kelab Belgium, KV Kortrijk.

Menerusi satu kenyataan di Nadi Arena, Luqman membalas kritikan bahawa beraksi di liga luar tidak segah yang disangka.

Katanya, rakyat Malaysia tidak menonton aksi liga luar atau tidak hadir untuk menyaksikannya sendiri.

“Mereka tak datang dan tengok sendiri pasukan di sini berlatih. Jadi mereka (rakyat Malaysia) tak nampak dan tak tengok dari jauh.”

“Kalau mereka nak tahu sesuatu dekat tempat saya bermain sama ada di Kortrijk dan Njardvik, mereka kena datang dan tengok kelab di sini berlatih dan bermain.”

Anak jati kelahiran Kota Bharu ini juga tidak mahu mengambil hati malah hanya memberi fokus untuk memperbaiki permainannya di sana bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

“Mereka kata pasukan di sini (Iceland) kecil tetapi bagi saya mereka tidak datang dan tengok pasukan bermain. Saya yang bermain jadi saya yang tengok.”

“Saya cuma fokus dengan apa yang saya boleh buat di sini,” jelasnya kepada Astro Arena.

Luqman sudah pun mula mendapat kepercayaan jurulatih apabila beraksi dalam beberapa perlawanan dan kini sudah pun menjaringkan satu gol bersama Njardvik.