Luqman Hakim Ke Liga Perancis?
MakanBola
Luqmansham_10
Sponsors

Penyerang muda sensasi Kv Kortrijk, Luqman Hakim Samsuddin dikhabarkan mungkin akan dipinjamkan ke kelab lain untuk mendapatkan minit permainan.

Pemain berusia 22 tahun itu sudah memasuki tahun ketiganya bersama kelab Belgium tersebut namun masih lagi mengalami kesukaran untuk menembusi kesebelasan utama pasukan.

Ad
Sponsors

Beliau juga lebih banyak diturunkan dalam perlawanan pasukan muda di kelab itu kelihatah memerlukan masa sebelum dapat menembusi pasukan utama.

Ad

Walaupun sudah beberapa kali tersenarai sebagai pemain simpanan, Luqman masih tidak mendapat ruang dan peluang yang secukupnya untuk membuktikan kemampuan sebenar beliau di atas padang.

Menerusi satu sumber yang melaporkan, penyerang muda negara itu berkemungkinan akan dipinjamkan ke kelab lain dengan kelab Jepun, Perancis, Norway mungkin menjadi destinasi terbaik buatnya.

Ad

Sebelum ini, beliau dikatakan tidak mendapat peluang untuk dipinjamkan selepas tidak mencapai persetujuan bersama kelab atas sebab-sebab tertentu.

Ad

Namun begitu, ejennya akan mencuba untuk merealisasikan impian ini pada jendela perpindahan akan datang.

Ad

Hal ini sekaligus menyaksikan beliau akan kekal di KV Kortrijk dan untuk bersaing merebut tempat dalam kesebelasan pasukan.