Advertisement
Luqman Hakim Kekal Milik KV Kortrijk
Eropah
MakanBola
KV Kortrijk

Status penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama kelab Belgium, KV Kortrijk masih sama.

Pemain berusia 21 tahun itu kini dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik FC untuk mendapatkan lebih banyak minit bermain.

Beliau sedang mengharungi tempoh mencabar susulan saingan sengit untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Menerusi satu perkongsian kepada Astro Arena, pemain lincah ini menjelaskan perjalanan kariernya setelah hampir 4 tahun berkelana di Eropah.

Beliau juga tidak menyembunyikan hasrat untuk cuba menembusi pasaran Asia seperti Korea, Jepun dan Thailand selepas tamat kontrak di sana.

Menurut Luqman, sungguhpun pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan sudah melepaskan pemilikan kelab tersebut, ia tidak mengubah status beliau yang masih memiliki baki kontrak di sana.

“Kontrak saya masih sama, tiada apa yang berubah. Saya masih di Kortrijk, sampai 2025, tiada apa yang berubah,” jelasnya kepada Astro Arena.

Luqman ketika ini sedang memacu cabaran Njardvik di Liga Iceland tatkala tempoh pinjaman beliau bakal tamat kira-kira 4 bulan lagi.

Sepanjang berada di sana, Luqman sudah pun menjaringkan beberap gol dalam aksi persahabatan dan juga aksi liga.

Beliau sudah pasti mahu mendapatkan lebih banyak minit bermain bagi menempatkan diri dalam Kelayakan Piala Asia B-23 dan Piala Asia di Qatar tahun hadapan.