Luqman Hakim Kongsi Sebab Utama Tinggalkan Eropah Untuk Jepun
Asia
luqmansham_10
Advertisements

Luqman Hakim Shamsudin telah berkongsikan sebab utama beliau meninggalkan kelab Eropah, KV Kortrijk dan memilih kelab Jepun untuk destinasi seterusnya.

Penyerang berusia 22 tahun itu turut mengakui menerima tawaran daripada kelab divisyen utama Jepun namun membuat keputusan untuk menyertai kelab divisyen ketiga, SCC Yokohama.

Luqman mendedahkan memilih kelab Jepun memandangkan jendela perpindahan masuk belum dibuka untuk kelab-kelab Eropah dan hanya jendela perpindahan liga Jepun yang tersedia sewaktu beliau memohon perpindahan secara pinjaman.

Advertisements

“Ketika saya minta untuk dipinjamkan, jendela perpindahan di Eropah masih belum dibuka dan mereka tidak dapat menggantikan pemain sedia ada. Disebabkan itu, hanya Jepun menjadi tempat untuk saya membuat pilihan.”

“Sebelum ini memang dah dijemput pihak kelab untuk menonton satu perlawanan sebelum menandatangani kontrak. Apa yang saya lihat pada pasukan ini, ciri-ciri dari segi cara permainan yang berintensiti tinggi dan sikap professional menyebabkan saya berminat untuk sertai.” ujar Luqman menurut laporan Astro Arena.

Luqman yang telah membuat kajian awal sebelum menyertai kelab Jepun itu juga tertarik dengan corak permainan rakan sepasukan sewaktu di KV Kortrijk yang merupakan pemain Jepun.

Advertisements

“Saya ada rakan sepasukan dari Jepun ketika di KV Kortrijk, melihat dari segi mereka bermain cukup membuatkan saya berminat untuk mula berhijrah ke Jepun.” tambahnya lagi.

Penyerang itu turut mahu membuktikan kemampuan pemain Malaysia di luar negara dalam merebut kesebelasan utama dan berharap lebih ramai lagi pemain Malaysia yang bakal menyinar di Eropah.

SCC Yokohama kini menjadi kelab ketiga buat Luqman Hakim yang beraksi di luar negara setelah KV Kortrijk dan Njardvik FC.

Advertisements

Perpindahan Luqman ke Yokohama adalah secara pinjaman selama setahun dan kontrak beliau bersama KV Kortrijk bakal tamat pada Jun tahun 2025 kelak menurut Transfermarkt.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram