Luqman Hakim Mahu Ke Paris
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin telah meletakkan sasaran bersama skuad bawah 23 tahun negara yang akan beraksi di Piala Asia B-23 Qatar pada April depan.

Dalam satu hantaran Instagram kelab yang diwakili Luqman, YSCC Yokohama, Luqman mendedahkan bahawa Malaysia B-23 di bawah kendalian Juan Torres Garrido mensasarkan untuk merebut slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.

“Pertama sekali, saya gembira untuk panggilan Malaysia (B23) dan tidak sabar untuk memulakan kejohanan Piala Asia B23 ini. Saya akan cuba yang terbaik untuk mencapai sesuatu dengan pasukan Malaysia.

Advertisements

“Sasaran kami untuk menang dan layak ke Olimpik. Terima kasih banyak kepada YSCC kerana sentiasa menyokong saya. Saya amat menghargainya,” jelas Luqman di laman Instagram, YSCC Yokohama.

Luqman merupakan salah seorang pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat menjelang Piala Asia B-23 2024 di Qatar, 15 April hingga 3 Mei 2024. Selain Luqman, beberapa orang lagi pemain turut dipanggil seperti Daryl Sham, Fergus Tierney, Umar Hakeem, Azim Al-Amin dan Annil Vigneswaran.

Advertisements

Bagi kempen Piala Asia B-23, Malaysia diundi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait. Lima perlawanan persahabatan telah diatur sebelum sebelum menghadapi saingan getir di Qatar kelak.

Lima perlawanan tersebut ialah menentang India pada 22 dan 25 Mac, China (3 April) dan Qatar (6 atau 7 April). Manakala satu lagi aksi persahabatan akan diatur kemudian oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram