Advertising
Luqman Hakim Terus Menyinar, Ketuai Jentera Serangan Yokohama SCC
MakanBola
YSCC

Penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin terus menapak hebat di bumi Jepun apabila diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain berusia 22 tahun itu mendapat sambutan hangat apabila dimasukkan pada babak kedua bagi aksi J League Cup tempoh hari.

Sungguhpun beraksi hanya seketika, beliau berjaya mencuri perhatian ramai menerusi gerakan lincahnya di atas padang.

Ad

Luqman kini dilihat mula mendapat kepercayaan barisan kejurulatihan Yokohama SCC apabila diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

Ad

Pertemuan menentang Matsumoto dalam aksi liga membuka peluang buat anak jati kelahiran Kelantan ini membuktikan kemampuan sebenar.

Sebelum ini, perjalanan Luqman Hakim berdepan laluan berliku apabila beliau mengalami kecederaan dan menjalani tempoh pemulihan.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by LS10 (@luqmansham_10)

Ad

Aksi ketiga liga ini juga penting buat Luqman dan rakan sepasukan yang kini terpelosok di tangga ke-15 liga selepas mencatatkan satu seri dan satu kekalahan.