Ads
LWN: Kelana United Puas ‘Rampas’ 3 Mata Dari Selangor
UltraSukan
Kelana United

Naib johan Liga Wanita Nasional (LWN) musim lalu, Kelana United tampak berpuas hati dan lega berjaya meraih mata penuh dengan menewaskan Selangor dalam aksi pembuka tirai Sabtu lalu.

Advertisements

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan bertenaga menyebabkan kedudukan terikat tanpa jaringan sebelum gol lewat dari Lauren Hoh memastikan tiga mata buat Kelana United.

Advertisements

Ketika ditemu bual oleh Astro Arena pada Selasa, jurulatih Kelana United, Fairuz Montana lega tiada isu kecederaan melanda anak-anak buahnya setelah aksi pertama dan bersedia untuk sesi latihan seterusnya.

Advertisements
Advertisements

”Syukur Alhamdulillah, aksi pertama kami tiada sebarang kecederaan, jadi malam ini (semalam) kami akan mula berlatih semula,” ujar Fairuz Montana kepada Suzana Basri dalam rancangan Nadi Arena.

Tambah beliau lagi, beliau bersyukur dengan kemenangan dalam aksi pertama LWN ini dan memberikan pujian di atas usaha keras para pemain yang berjuang hingga minit akhir untuk mengutip tiga mata.

Advertisements

”Pertamanya, syukur kita berjaya mengumpul tiga mata, untuk makluman kita pun hanya ada 5 sesi latihan sahaja sebelum perlawanan, itu perkara yang saya harus beri pujian kepada para pemain,” tambahnya lagi.

Walaupun hanya mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Selangor, namun itu sudah cukup untuk meletakkan Kelana United berada dalam kelompok empat pasukan teratas yang meraih tiga mata dalam aksi pertama.

Advertisements

Saingan LWN akan bersambung pada hujung minggu ini dengan Kelana United dan Selangor akan bertandang ke utara tanah air dengan masing-masing akan berdepan Real CJ di Pulau Pinang dan Red Eagles di Kedah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram