UltraSukan

Tewaskan Korea, Kanada ‘Tunggu’ Malaysia Penuh Debar

Malaysia Korea Selatan SASC MHC 1 Tewaskan Korea, Kanada ‘Tunggu’ Malaysia Penuh Debar
MHC

Selepas berjaya menundukkan pasukan gergasi Asia, Korea Selatan, Malaysia semakin bersemangat menjelang aksi kedua Sultan Azlan Shah Cup (SASC) menentang Kanada.

Advertisement

Skuad negara membuka kempen SASC di Ipoh, Perak dengan langkah kanan menerusi kemenangan bergaya 3-0. Azrai Aizad Abu Kamal membuka tirai jaringan pada minit ke-36.

Azimuddin Syakir Kamaruddin kemudiannya menggandakan kelebihan anak buah Brendan Carolan dua minit selepas itu. Penalti stroke Faizal Saari pada minit ke-57 memastikan kemenangan milik kem negara.

Meskipun berpuas hati dengan prestasi The Speedy Tigers, Carolan mahu anak buahnya tampil lebih tajam lebih-lebih lagi apabila mendapat pukulan sudut penalti.

“Kami ada beberapa peluang penting untuk mendahului dengan kelebihan dua gol, tetapi gagal menyempurnakannya. Kami juga gagal manfaatkan pukulan sudut penalti (PC) pertama sebelum Korea memperoleh empat atau lima PC berturut-turut.

” Namun, saya berpendapat pertahanan PC kami berada pada tahap yang baik. Cuma, kami gagal mengambil peluang ketika menguasai permainan yang mana saya fikir kita perlu terjemahkannya kepada jaringan.

“Layangan kad kuning sedikit mengubah momentum perlawanan tetapi saya gembira kerana pemain terus beri tekanan dan berjaya menjaringkan gol ketika Korea kekurangan seorang pemain,” katanya.

Malaysia kini mahu meneruskan rentak kemenangan bila bertemu Kanada. Kanada dijangka mahu bangkit selepas dibelasah Pakistan 5-1.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...