Macarthur Pantau Rapi Perpindahan Pemain Sabah
AFC Cup
Macarthur FC
Advertisements

Kelab A-League, Macarthur bakal memantau perancangan perpindahan lawan mereka di pentas separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC, Sabah FC.

Perkara ini diluahkan pengurus The Bulls, Michael Swibel kepada media selepas cabutan undi separuh akhir peringkat zon Piala AFC hari ini.

Beliau berpandangan sedemikian kerana skuad Badak memiliki tempoh masa yang cukup untuk membina skuad lebih mantap selepas tamat kempen Liga Malaysia musim 2023.

Advertisements

Swibel percaya sebarang kelemahan yang dikenalpasti pada musim ini akan ditangani pada tahun hadapan termasuk membawa pemain baru ke Sabah.

Lantas, beliau menjangkakan cabaran sengit bakal diberi oleh pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu itu.

Advertisements

“Saya tak tahu skuad mereka (Sabah) sekarang atau yang akan dibentuk apabila tetingkap perpindahan Januari akan dibuka dalam masa terdekat.

“Jadi, mereka juga mungkin akan melakukan perubahan dari segi pemain. Jadi, apa yang mereka ada untuk musim (Liga) Malaysia mungkin saja berbeza dengan skuad untuk musim 2024 apabila tetingkap perpindahan Januari dibuka.

Advertisements

“Tapi kita akan lakukan persiapan, kita akan perhatikan perlawanan yang diharungi mereka dalam liga dan gaya kejurulatihan (mereka).

“Kita kenal jurulatih mereka (Datuk Ong Kim Swee) kerana beliau pernah mengendali skuad kebangsaan (Malaysia). Jadi, kita akan beri yang terbaik,” katanya.

Advertisements

Wakil A-League itu bakal berdepan Sabah dalam perlawanan separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC pada 13 Februari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram