Ads
Mahali Jasuli Saran Malaysia Guna Pemain Muda Di Piala AFF
Harimau Malaya
KL City FC

Bekas pemenang Piala AFF edisi 2010, Mahali Jasuli menyarankan agar skuad Malaysia dibarisi pemain-pemain muda bagi kejohanan Piala AFF 2024 yang dijadualkan pada hujung tahun ini.

Advertisements

Ini susulan pertembungan jadual antara kejohanan Piala AFF yang kini dikenali sebagai ASEAN Championship dengan jadual Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan juga Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Advertisements

Pemain-pemain daripada pasukan JDT dan juga Selangor yang kebiasaannya memperkuatkan skuad kebangsaan Malaysia berkemungkinan tidak akan dipanggil bagi kejohanan Piala AFF tahun ini.

Advertisements
Advertisements

Mahali mengambil pendekatan positif terhadap situasi tersebut dan berpendapat skuad Harimau Malaya mampu mengetengahkan bakat-bakat muda dalam kejohanan tersebut.

“Ini satu peluang yang baik buat pemain-pemain kebangsaan. Bagi saya, yang tak dapat beraksi sebelum ini, inilah peluang mereka beraksi di Piala AFF. Di mana saya rasa peluang lebih cerah bakal tertumpu kepada pemain-pemain bawah 23 tahun.

Advertisements

“Inilah peluang mereka untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan dan seterusnya bangkit daripada kegagalan Piala AFC B-23 yang lepas.

“Ya, untuk peringkat senior kita tahu kita tidak banyak menyenaraikan pemain-pemain bawah 23 tahun. Saya rasa ini peluang mereka untuk menyerlah.

“Kita dapat lihat pasukan-pasukan seperti Indonesia banyak menggunakan pemain muda. Saya rasa saya percaya dengan kualiti pemain muda yang ada, kita boleh bersaing dengan pasukan-pasukan ASEAN.

“Kita juga pernah menyenaraikan pemain-pemain yang lebih muda sewaktu menjadi juara pada edisi 2010 tetapi ini satu cabaran juga buat pemain muda. Macam saya beritahu, ini peluang mereka untuk membuktikan kualiti menyarung jersi skuad kebangsaan.” jelas Mahali Jasuli.

Advertisements

Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama-sama dengan pasukan Thailand, Singapura dan Kemboja bagi kejohanan Piala AFF 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram