Mahali Jasuli: Saya Rasa Sedih Kenapa Bola Kita Jadi Macam Ni
MakanBola
Sponsors

Dalam temubual bersama Astro Arena, bekas pemain kebangsaan, Mahali Jasuli tampil menyuarakan rasa terkilan terhadap prestasi semasa bola sepak tanah air.

Mahali Jasuli mengakui bahawa beliau terasa tempias dengan apa yang terjadi baru-baru ini di kempen Piala AFF kerana ia melibatkan kawan dan jurulatih yang pernah bersama-sama berjuang dalam skuad negara suatu ketika dahulu.

Ad

Dalam pada itu, beliau yakin bahawa skuad negara kita masih kuat kerana terdapat banyak faktor lain yang akan meningkatkan lagi kualiti terbaik dalam pasukan. Dengan hadirnya bakat-bakat baru yang akan memberi sinar untuk skuad kebangsaan kelak, ia pasti akan menjadi lebih baik.

Ad

“Saya rasa sedih kenapa bola kita jadi macam ni, tetapi dari sudut yang lain saya percaya yang kita masih lagi ada pemain-pemain yang berkualiti dan mampu menjadi pasukan yang kuat untuk beraksi,” katanya.

“Sudah tiba masa untuk semua rakyat kita kembali memberi sokongan untuk skuad negara dan lupakan Piala AFF yang lepas, kita buka buku baru.”

Ad

Mahali turut berpesan kepada semua rakyat supaya sentiasa memberi sokongan untuk pasukan negara dan jangan dikenang benda yang sudah lepas. Beri peluang kepada pemain perbaiki kelemahan yang ada dan buktikan kepada rakyat yang Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan pada masa akan datang.

Ad

Sedikit kata-kata Mahali kepada Tan Cheng Hoe, “Terima kasih kerana telah bagi yang terbaik untuk skuad kebangsaan dan tidak perlu rasa kecewa atau putus asa. Saya ingat lagi kata kata coach kalau kita buat perkara yang baik kita akan dapat juga perkara yang baik.”

Ad