Mahmoud Al-Mardi Batalkan Kontrak Bersama Negeri Sembilan?
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Bekas pemain Kedah Darul Aman FC, Mahmoud Al-Mardi sebelum ini acap kali dikaitkan dengan perpindahan ke Negeri Sembilan FC bagi mengharungi Liga Super 2023 yang bakal bermula 24 Februari ini.

Namun begitu, hasrat penyokong pasukan Negeri Sembilan untuk melihat pemain kebangsaan Jordan itu beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dilihat sudah tertutup rapat apabila Al-Mardi memilih untuk berhijrah ke kelab Kuwait, Qadsia SC.

Dalam satu ciapan di laman twitter milik wartawan TheStar, T. Avineshwaran, beliau berkongsi satu tangkap layar dari instagram yang dipercayai agen kepada Al-Mardi. Agen tersebut mengesahkan bahawa beliau dan Al-Mardi telah membuat keputusan untuk membatalkan kontrak bersama Negeri Sembilan.

Advertisements

Ternyata berita ini akan memberi satu tamparan kepada peminat pasukan Negeri Sembilan. Apatah lagi mereka kini masih ternanti-nanti pemain import manakah yang akan menyarung jersi pasukan kesayangan mereka itu.

Sebelum ini, kapten pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha meletakkan harapan kepada pihak pengurusan untuk membawa masuk pemain import yang berkualiti tinggi dan semestinya lebih baik daripada pemain tempatan.

Dengan kegagalan menandatangani Al-Mardi, kini hanya Herold Goulon yang dikekalkan sebagai pemain import skuad Hoben Jang Hoben untuk musim 2023.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram