Makan Konate Dan David da Silva Bakal ‘Berperang’ Di Liga 1 Indonesia
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Dua bekas pemain import Terengganu FC, Makan Konate dan David da Silva mengorak langkah dalam karier bola sepak mereka selepas kedua-dua mereka berhijrah ke Indonesia untuk beraksi di Liga 1 Indonesia.

Pada tahun 2021, Makan Konate dan David da Silva beraksi bersama-sama untuk pasukan Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia. Sebelum mereka berdua menyertai Terengganu, mereka juga merupakan rakan sepasukan di kelab Persebaya (Indonesia).

Namun segalanya bakal berubah untuk tahun 2022 apabila kedua-dua pemain ini mengambil keputusan untuk membawa haluan berbeza dengan kelab yang berbeza.

Advertisements

Makan Konate yang juga merupakan ‘playmaker’ buat pasukan Terengganu musim lalu telah sah menyarung jersi pasukan gergasi Liga Indonesia, Persija Jakarta. Konate dikhabarkan bakal menyarung jersi nombor 10 dan khidmatnya pasti ditagih untuk menjadi perancang utama pasukan.

Di Persija Jakarta, Konate bakal beraksi bersama bekas penyerang Melaka United, Marko Simic dan bekas pemain kebangsaan Itali, Marco Motta. Persija kini menghuni tangga ke-6 liga.

Jalan berbeza dipilih oleh bekas penyerang berbisa Terengganu, David da Silva yang sah menyarung jersi Persib Bandung. David da Silva bakal bersaing dengan pemain kebangsaan Indonsia, Ezra Walian bagi merebut tempat untuk tembus masuk ke kesebelasan utama.

Advertisements

Persib berada di landasan terbaik untuk mencabar pendahulu liga, Bhayangkara. Persib hanya dipisahkan 3 mata dengan kelab Bhayangkara.

Pastinya ramai dari kita tahu bahawa Persib merupakan ‘rival’ kepada pasukan Persija. Ini menandakan David da Silva dan Makan Konate bakal berperang untuk perlawanan ‘Derbi Indonesia’ yang pasti menjadi perhatian pencinta sukan bola sepak di Indonesia.

Namun untuk musim 2021-2022 yang hampir tamat, perlawanan ‘Derbi Indonesia’ itu tidak akan berlaku lagi kerana kedua-dua pasukan telah bertemu pada 20 November 2021 yang mana kemenangan berpihak kepada pasukan Persija dengan keputusan 1-0.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram