Advertisements
Malang Berganda Buat Liverpool
Eropah
MakanBola
Liverpool FC

Kelab gergasi Merseyside, Liverpool ditimpa malang berganda gara-gara pemain sayap Toulouse dari Norway, Aron Donnum.

Selepas menjadi arkitek kemenangan 4-3 Les Violet ke atas The Reds pada Khamis lepas, nama bekas pemain sayap Valerenga itu kembali menghantui pasukan itu.

Atau lebih tepat, pasukan wanita Liverpool yang turun menentang pasukan wanita Tottenham Hotspur dalam Liga Super Wanita (WSL) musim 2023-2024.

Pasukan itu ketinggalan pada minit ke-27 menerusi gerakan solo Celin Bizet. Menariknya, Bizet sebenarnya tunang kepada Bonnum.

Fakta menarik ini dikongsikan oleh akaun X rasmi Match of the Day. Penyerang skuad wanita Norway itu telah bertunang dengan Bonnum semasa mewakili Standard Liege pada musim lepas.

Skuad wanita Liverpool bagaimanapun bernasib baik kerana berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi Sophie Roman Haug.

Keputusan ini menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi 11 mata dengan masing-masing menduduki tangga ketiga dan keempat WSL.

Skuad lelaki Liverpool berharap malang ini tidak berterusan bila mereka turun menentang Brentford dalam aksi EPL malam ini.

Setakat artikel ini ditulis, The Reds sedang mendahului The Bees 2-0 hasil dua jaringan penyerang Mesir, Mohamed Salah.

Related Articles