Malayan Tigress: Skuad Wanita Negara Tewaskan Singapura
MakanBola
FA Malaysia

Skuad Malayan Tigress B-19 memulakan kempen Kejohanan AFF B-19 Wanita dengan langkah kanan. Ini selepas anak-anak buah Cameron Ng berjaya mengalahkan Singapura 1-0 dalam aksi kedua Kumpulan B di Padang Athletic, Palembang, Indonesia hari ini.

Separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencipta jaringan. Bagi Singapura yang dibimbing Fazrul Nawaz, mereka tidak mahu tewas besar lagi selepas dibelasah Vietnam 5-0 dalam perlawanan pertama kumpulan pada 6 Julai lalu.

Separuh masa kedua menyaksikan Malayan Tigress menggandakan serangan. Dan hasilnya, skuad wanita negara memecah kebuntuan menerusi S. Thivashini pada minit ke-66.

Ad

Tersentak, Lionesses cuba bangkit memburu gol penyamaan. Tetapi skuad negara mempertahankan kelebihan tipis mereka itu sehingga wisel penamat.

Ad

Keputusan ini meletakkan mereka di tangga kedua kumpulan dengan tiga mata. Sementara Singapura pula tersingkir selepas tewas dua perlawanan.

Ad
Ad

Bagi Malayan Tigress, ini masih belum cukup. Sekiranya mereka mahu layak ke separuh akhir, mereka perlu mengalahkan Vietnam pada perlawanan terakhir kumpulan pada 10 Julai ini.

Ad

Walaupun ada slot khas diperuntukkan untuk tempat kedua terbaik, ia ketika ini diisi oleh Kemboja yang menghuni tempat kedua Kumpulan A. Justeru, kemenangan dan jaringan besar dilihat kunci sekiranya Malayan Tigress mahu layak ke separuh akhir.