Advertisements
Malaysia Bawa Dua Watak Berbeza Ke Pestabola Merdeka
Harimau Malaya
MakanBola
Azri/MakanBola

Pemilihan dua tonggak berbeza untuk membawa cabaran Malaysia ke Pestabola Merdeka akhirnya dijawab oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu menjelaskan bahawa pemilihan para pemain kali ini telah pun diteliti secara rapi oleh barisan kejurulatihan untuk berdepan pasukan ke-102 dunia, India.

Menurut penjelasan Pan-gon, beliau tidak hanya menilai dari satu persembahan pemain dalam satu perlawanan sahaja namun meneliti keseluruhan kebolehan untuk membawa falsafah bola sepaknya di atas padang.

Mengulas lanjut, beliau berpuas hati dengan barisan yang dibawa kali ini sambil menegaskan tiada pemain yang dijamin tempatnya beraksi di Piala Asia tahun hadapan.

Ketika ditanya mengenai pemilihan dua penjaga gol baharu bersama Harimau Malaya kali ini, Pan-gon mempunyai jawapan tersendiri.

“Keputusan ini sudah pun dilakukan oleh barisan jurulatih penjaga gol Malaysia mengikut taktikal dan perancangan yang kami mahu terapkan.”

“Setelah saya menerima makluman mengenai pemilihan tiga penjaga gol ini, saya lihat mereka antara pemain paling cemerlang beraksi ketika ini,” jelasnya kepada FAM.

Beliau juga berharap agar penjaga gol yang dipilih iaitu Syihan Hazmi, Suhami Husin dan Azri Ghani dapat menampilkan aksi terbaik sekiranya diberikan peluang beraksi.

Azri juga sudah tersenarai ketika aksi persahabatan September selepas menggantikan Damien Lim yang cedera.

Azri Ghani telah beraksi sebanyak 10 perlawanan Liga Super dan merekodkan 3 aksi tanpa bolos sementara Suhaimi beraksi lebih 19 perlawanan dalam semua kejohanan dan merekodkan 9 aksi tanpa bolos.

Malaysia akan turun berdepan India dalam satu aksi Pestabola Merdeka pada 13 Oktober 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 9 malam.