Malaysia Berisiko Diharamkan FIFA Jika Ada Campur Tangan Kerajaan
Dunia
Advertisements

Malaysia berisiko berdepan tindakan tatatertib oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika terdapat campur tangan kerajaan atau individu selain badan bola sepak Malaysia dan ianya sudah termaktub dalam peraturan yang telah ditetapkan oleh badan itu.

FIFA mempunyai kuasa atau mandat dalam usaha untuk mengawal persatuan bola sepak di seluruh dunia dari segenap aspek yang melibatkan perjalanan sesebuah badan itu.

Oleh yang demikian, tanggungjawab ini diserahkan kepada persatuan kebangsaan untuk mengawal selia bola sepak persatuan di peringkat kebangsaan.

Advertisements

Ini juga melibatkan aspek seperti mengurus, mengawal dan mengembangkan bola sepak itu sendiri sebagai satu permainan atau organisasi permainan secara umum seperti yang dikongsikan oleh Ayani Ismail.

Persatuan yang telah diamanahkan oleh FIFA juga melakukan segala gerak kerja secara autonomi tanpa ada unsur campur tangan dari pihak kerajaan atau pihak lain.

Selain itu juga, pihak ketiga dalam bola sepak boleh bermaksud badan atau orang yang campur tangannya dalam bola sepak dan tidak terikat dengan peraturan FIFA.

Advertisements

Menurut kenyataan bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Peter Velappan, Artikel 13 dan 17 Statut FIFA, secara jelas menyatakan bahawa kerajaan tidak ada hak campur tangan dalam persatuan bola sepak kebangsaan kerana ia adalah satu badan yang bebas.

“Jika mereka (kerajaan) berterusan campur tangan, saya rasa FAM tidak akan wujud lagi dan skuad kebangsaan tidak boleh mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan Piala Dunia di masa hadapan,” Jelas beliau kepada Bernama.

Baca: Hasrat Hafiz Jamali Dan Zuhairie Tarmizi Tidak Kesampaian

Advertisements

Hal ini boleh dilihat berikutan tular satu video mengenai kenyataan Menteri Belia dan Sukan baharu, Datuk Seri Faizal Azumu yang memberi maklum balas mengenai penambahan pasukan yang beraksi di Liga Super bakal ditambah menjadi 16 pasukan.

Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Belia dan Sukan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk melakukan hal tersebut.

“Kementerian Belia dan Sukan tidak ada apa-apa kuasa untuk melakukannya, ia semua terpulang kepada MFL.”

Advertisements

Namun begitu, beliau menjelaskan hubungan baiknya bersama Presiden baharu MFL, Stuart Ramalingam dan juga presiden FAM, Datuk Seri Hamidin Mohd. Amin.

Tambahnya lagi, beliau telah berbincang mengenai perkara ini bersama-sama dua individu tersebut.

“Datuk Hamidin dan Stuart memang ada menyatakan bahawa mereka ingin menaikkan pasukan yang bertanding di Liga M menjadi 16 pasukan selaras dengan peraturan FIFA.”

“Jika perkara ini berlaku, maka pasukan Perak FC bakal terselamat daripada penyingkiran.”

Namun begitu, perkara ingin sudah pun dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam menerusi laman rasmi badan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa perkara yang tular seperti yang diperkatakan oleh menteri tersebut tidak pernah dibincangkan sama sekali.

“Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ingin menyatakan bahawa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan secara langsung sama ada secara rasmi atau tidak rasmi oleh persatuan ini sama ada menerusi presiden atau setiausaha Agungnya dengan mana-mana pihak lain.”

Tambah FAM, peraturan dan ketetapan bagi jumlah pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Super dan Liga Premier serta penentuan jumlah pasukan yang turun atau naik adalah di bawah kelolaan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan ahli-ahli lembaga pengarahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram