Ads
Dunia
Khairul / MakanBola

Desas-desus mengenai 3 pasukan yang bakal menjadi lawan Malaysia bagi saingan King’s Cup September nanti sudah pun terjawab hari ini.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan rasmi oleh Persatuan Bolasepak Thailand (FAT), kejohanan 4 penjuru itu bakal menyajikan pertembungan antara pasukan yang cukup sensasi.

Advertisements

Sebelum ini, terdapat pelbagai ura-ura dan juga desas-desus pasukan gergasi di dunia termasuklah bekas pasukan Piala Dunia, Bolivia dikatakan bakal menyertai kejohanan ini.

Advertisements

Advertisements

Walau bagaimanapun, berdasarkan pengumumkan tersebut, pasukan Trinidad & Tobago sah menjadi pasukan terakhir untuk melengkapkan senarai 4 pasukan.

Pasukan yangblnberada pada kedudukan ke-107 dunia itu bakal bersama-sama Malaysia, Tajikistan dan juga tuan rumah, Thailand pada pertembungan yang berlangsung pada 20 hingga 24 September 2022 nanti.

Advertisements

Pemilihan Malaysia yang berada pada kedudukan ke-147 dunia dan juga Tajikistan (ke-108 dunia) adalah disebabkan turut layak ke Piala Asia 2023 secara merit.

Saingan King’s Cup ini bakal dijalankan dalam format kalah mati dengan pasukan yang menang akan mara ke final.

Pasukan yang tewas oula bakal berentap bagi penentuan tempat ketiga kejohanan.

Skuad kendalian Kim Pan-gon sudah pasti mahu menanfaatkan peluang ini sebagai medan persiapan terbaik dengan menentang pasukan yang lebih abil kedudukannya di samping memburu pulangan mata ranking FIFA.

Advertisements

Malaysia juga tidak mahu terlepas peluang untuk memberi saingan terbaik pada Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijangka berlangsung pada 21 Disember hingga 17 Januari 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram