Dunia
Advertisements

Setelah berjaya mencatatkan dua kemenangan terhadap musuh utama, pasukan Indonesia, Malaysia dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk memperoleh mata maksimum untuk kesemua baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia sekaligus layak ke Piala Asia secara merit.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe sebelum ini berjaya memberi saingan sengit kepada Emeriah Arab Bersatu (UAE) di Kuala Lumpur walaupun tewas 1-2 dalam perlawanan tersebut selain mencatatkan kemenangan penting ketika bertemu Thailand di Kuala Lumpur.

Selepas memperoleh kemenangan bergaya ke atas Thailand 2-1, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe dilihat semakin mendapat rentak permainan dengan corak permainan seimbang menyerang dan penguasaan bola yang baik disetiap posisi.

Advertisements

Krisis Tonggak Utama Vietnam

Vietnam yang kehilangan beberapa tonggak penting disebabkan kecederaan jangka panjang bakal berhadapan tugas getir untuk mempertahankan kedudukan teratas kumpulan G disebabkan pasukan berkenaan benar-benar tempang tanpa tonggak utama, Nguyen Quang Hai dan Doan Van Hau.

6c0e15ffc8c9fbb5295b84f038166577 Kelayakan Piala Dunia: Malaysia Mempunyai Kelebihan Untuk Layak Ke Pusingan Seterusnya

“(Nguyen Quang) Hai masih tidak boleh kembali ke sesi latihan lagi. Dia mengalami kecederaan ligamen lutut. Apa yang paling penting sekarang adalah bila dia akan kembali menyertai latihan dan ketika itu baru kami boleh menentukan status (kecederaan) beliau dan kembali bersama pasukan.” Seperti yang dilaporkan Vocket FC.

Nguyen Hai yang diberikan jolokan ‘Messi Vietnam’ acap kali menjadi duri dalam daging buat pasukan lawan dengan aksi licahnya masuk ke kawasan kotak penalti pasukan lawan. Nguyen Hai juga menjadi satu-satunya pemain yang menjaringkan gol ketika bertemu Malaysia di Hanoi sekaligus mencatatkan kemenangan 1-0.

Advertisements

Selain itu, penjaga gawang utama Vietnam, Dang Van Lam tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif untuk satu tempoh yang panjang selepas berlaku krisis bersama pasukannya di Liga Thailand.

Prestasi Merundum UAE Dan Kekurangan Perlawanan Kompetitif

Prestasi UAE yang merundum selepas tewas kepada Thailand dan Vietnam dan pertukaran ketua jurulatih pasukan teluk Arab berkenaan sedikit sebanyak memberikan kelebihan buat pasukan Malaysia yang bakal bertemu UAE pada 3 Jun ini.

Para pemain UAE juga kekurangan perlawanan kompetitif di liga negara berkenaan yang tamat sebelum bulan Jun ini.

Advertisements

Kehadiran Liridon Krasniqi & Safiq Rahim

Kehadiran Liridon Krasniqi dan prestasi baiknya ketika membuat debut bersama Newcastle Jets di A-League sedikit sebanyak memberikan lebih banyak pilihan buat barisan tengah dan serangan anak didik Tan Cheng Hoe.

Liridon menjadi pemain naturalisasi kedua negara selepas Sumareh.

Brendan Gan dijangka tidak diturunkan bertemu UAE setelah menerima kad kuning dalam perlawanan sebelum ini di Kuala Lumpur namun kehadiran Liridon sedikit melegakan kem negara.

Selain Liridon, Safiq Rahim yang kembali beraksi secara kompetitif bersama pasukan Johor Darul Ta’zim turut bakal memberikan pilihan dan ‘backup’ terbaik buat pasukan negara.

Advertisements

Dengan baki saingan hanya akan dilangsungkan di UAE tanpa penonton, sedikit sebanyak juga bakal membantu mana-mana pasukan untuk bermain tanpa tekanan dari penyokong.

Malaysia bakal bertemu UAE pada 3 Jun ini, Vietnam dan Thailand pada 11 dan 15 Jun 2021.

30 pemain bakal dipanggil untuk latihan pusat skuad kebangsaan yang bakal diadakan di Johor Bahru dan Liridon Krasniqi dijangka bakal menyertai kem latihan pada bulan Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram