Malaysia Panggil 3 Pemain Luar Negara Gempur India
Harimau Malaya
FA MALAYSIA
Advertisements

Malaysia tampil dengan sedikit kelainan bagi aksi Pestabola Merdeka dengan menampilkan beberapa muka baharu termasuklah kelibat tiga pemain luar negara untuk memacu cabaran negara.

Aksi Pestabola Merdeka kembali diadakan selepas sedekad pengajurannya dihentikan telah membawa kepada percaturan penting ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk membawa barisan pemain terbaik.

Antara muka baharu yang dipanggil ialah penjaga gol Terengganu, Suhaimi Husin dengan kepulangan beberapa pemain seperti Azam Azmi merancakkan lagi skuad ampuh negara kali ini.

Advertisements

Tumpuan bagaimanapun terarah kepada kelibat tiga pemain yang beraksi di luar negara bersama kelab masing-masing yang kekal menjadi pilihan Kim Pan-gon.

Tiga pemain tersebut ialah kapten Harimau Malaya, Dion Cools (Buriram United), Junior Eldstal (Dewa United) dan juga perancang tengah berbakat, Nooa Laine (SJK Seinajoki).

Cools merupakan tunjang utama bersama kelab Thailand apabila beliau beraksi dalam kesemua perlawanan liga musim ini.

Advertisements

Persembahan cemerlang yang ditampilkan oleh pertahah tinggi lampai, Junior Eldtsal terutamanya ketika membantu Malaysia mengikat China terus ditagih oleh Pan-gon.

Nooa Laine yang beraksi cemerlang ketika membantu Malaysia mara ke Piala Asia U23 kembali menyertai pasukan selepas kali terakhir dipanggil pada Jun lalu.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2023 menentang India pada Jumaat, 13 Oktober 2023 dan seterusnya akan berdepan sama ada Palestin atau Tajikistan pada aksi final atau penentuan tempat ketiga pada Selasa, 17 Oktober 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram