Malaysia Perlukan Enam Mata Lagi
Harimau Malaya
AFC
Advertisements

Dua kemenangan berturut-turut yang diraih Malaysia dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menjadikan Malaysia kini menjadi pendahulu Kumpulan D dengan 6 mata.

Pada aksi sulung, Malaysia berjaya menumbangkan Kyrgyzstan dengan keputusan 4-3 dalam satu perlawanan menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil dan semalam, Malaysia menang tipis 1-0 ke atas Taiwan di gelanggang lawan.

Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon berpendapat Malaysia kini hanya memerlukan enam mata sahaja lagi bagi membolehkan Malaysia layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

“Target kami adalah untuk mengutip 12 mata, ianya lebih selamat. Kami telah berjaya mendapatkan enam mata tapi saya rasa perlawanan di Kyrgyzstan nanti akan lebih sukar. Kami perlu bersedia untuk ini.

“Perlawanan di tempat sendiri menentang Taiwan juga dijangka sengit. Kami tak boleh yakin akan dapat enam mata, kami perlu berusaha dengan lebih keras. Saya mahu mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana ini kali pertama kami menang di Taiwan,” jelas Kim Pan-gon dalam sidang media selepas perlawanan.

Kempen Malaysia dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 hanya akan disambung pada Mac tahun hadapan dengan dua aksi berdepan Oman iaitu pada 21 Mac sebagai pasukan pelawat dan satu lagi perlawanan pada 26 Mac sebagai tuan rumah.

Advertisements

Selepas ini, Malaysia akan mengalihkan fokus untuk menghadapi kejohanan terbesar iaitu Piala Asia di Qatar yang dijadualkan bermula 16 Januari dengan perlawanan menentang Jordan sebelum berdepan Bahrain pada 20 Januari.

Malaysia yang turut diundi bersama Korea Selatan dalam Kumpulan E akan berdepan gergasi Asia itu pada aksi terakhir yang dijadualkan pada 25 Januari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram