Advertisement
Malaysia Sasar Lengkapkan 10 Emas Di Sukan Paralimpik
UltraSukan
UltraSukan
MSN Malaysia

Skuad paralimpik Malaysia menetapkan sasaran realistik menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak lama lagi.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin menyasarkan lebih daripada 20 atlet yang bakal membawa nama negara di pentas Sukan Paralimpik Paris 2024 nanti.

Namun, jumlah sebenar atlet masih belum diketahui kerana ianya hanya sasaran awal dan pihak MPM menjangka jumlah atlet ke Paris akan diumum seawal Mei hadapan.

Setakat ini, terdapat sembilan atlet paralimpik daripada empat kategori sukan telah menempah tiket ke temasya sukan terbesar tersebut, dengan dua atlet dari sukan renang, dua dari memanah, dua dari olehraga dan tiga dari sukan berbasikal.

Tambah beliau lagi, jumlah tersebut bakal meningkat dalam tempoh beberapa bulan ke hadapan memandangkan terdapat atlet yang masih menyertai kejohanan kelayakan ke Paris.

“9 atlet sudah layak dan mungkin dalam bulan Mei kita akan mengetahui jumlah sebenar atlet yang akan layak ke Olimpik Paris.

“Kami menyasarkan lebih daripada 20 atlet yang akan ke Olimpik kerana kita perlu letakkan penanda aras kepada atlet supaya kita cakna segala hasil dan keputusan yangs sedia, jika tidak kita akan leka.

“Sasaran itu penting untuk dijadikan garis panduan kepada para atlet bekerja keras untuk mendapatkan sesuatu,” katanya dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefaham (MoU) antara MPM dan Rakan Strategik TambahEMAS Sukan Paralimpik Paris 2024.

Sementara itu, sasaran untuk mendapatkan empat pingat emas di Olimpik masih tidak terpadam lagi buat Presiden MPM dan beliau berharap agar atlet paralimpik dapat mencipta rekod baharu dalam sejarah Sukan Paralimpik.

Pencapaian terbaik Malaysia di pentas Paralimpik adalah di Tokyo 2020, dengan meraih tiga pingat emas dan dua perak sekaligus mencatatkan rekod terbaik sejak penampilan Sukan Paralimpik yang pertama pada 1972.

Tiga pingat emas di Rio De Janeiro, tiga pingat emas di Tokyo dan sasaran empat pingat emas di Paris bakal melengkapkan koleksi 10 pingat emas buat kontinjen paralimpik negara.