Pengendali Malaysian University FT (MUFT), Ridzuan Abu Shah gembira dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya semasa menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) baru-baru ini.
Wakil Liga A1 Semi Pro itu berdepan tugas sukar apabila bertemu dengan JDT di peringkat suku akhir Piala FA 2024.
Aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 29 Jun lepas menyaksikan Malaysian University dibelasah 5-0 oleh Harimau Selatan.
Meskipun begitu, Ridzuan memuji persembahan anak buahnya kerana berjaya bersaing dengan JDT yang turut diperkuatkan beberapa pemain import.
Lebih membanggakan, Malaysian University menunjukkan persembahan memberangsangkan dengan kudrat pemain tempatan.
Dan itu diharap dapat diulangi apabila kedua-dua pasukan kembali bertemu di SSI untuk aksi suku akhir kedua Piala FA 2024.
“Dengan kekalahan 5-0 ke atas kami. Tapi hanya ini yang kami mampu mempamerkan tanpa pemain import. Ini kualiti kami dan yang ini saja kualiti yang kita mampu pamerkan,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan yang disiarkan di Astro Arena baru-baru ini.
Malaysian University bakal berdepan JDT sekali di SSI pada 5 Julai ini. JDT memiliki kelebihan agregat 5-0 untuk aksi suku akhir kedua Piala FA 2024.