Man United & Malaysia Airlines Jalin Kerjasama
Bisnes
Manchester United/Malaysia Airlines
Advertisements

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Man United hari ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS).

Pengumuman kerjasama ini dibuat Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG), Izham Ismail dalam satu ekspo perdagangan dan industri utama di Kuala Lumpur.

Pengumuman tersebut turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pakatan dan Perkongsian United, Victoria Timpson dan dua legenda The Red Devils, Patrice Evra dan Wes Brown.

Advertisements

Kerjasama ini menyaksikan MAS dipilih sebagai penerbangan komersial rasmi United.

Izham menyifatkan kerjasama United dan MAS bukan saja menjadikan jenama syarikat penerbangan negara itu lebih dikenali di pentas dunia.

Malah, kerjasama membabitkan dua ikon global itu bakal menghasilkan pengalaman yang tidak akan dilupakan buat para pelanggan dan penyokong United.

Advertisements

“Kerjasama ini menghimpunkan dua ikon global, MAS dan Manchester United dan akan mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat dan pelanggan kami.

“Kerjasama dengan kelab yang diiktiraf di peringkat global seperti United meletakkan MAS di hadapan khalayak ramai di seluruh dunia dengan ketara dari segi pengiktirafan jenama terutama di Eropah dan Asia Tenggara di mana United mempunyai kelompok peminat yang besar.

“Kami menantikan peluang menarik yang muncul menerusi kerjasama ini dan kegembiraan yang akan dibawa kepada peminat bola sepak di seluruh dunia,” katanya.

Advertisements

Sementara itu, Timpson menyifatkan kerjasama ini berupaya membawa kedua-dua entiti ke satu tahap yang berbeza.

“Manchester United mempunyai hubungan yang lama dan membanggakan dengan Malaysia dengan sejarah sokongan penuh membara dari seluruh negara.

“Kami mempunyai tiga kelab penyokong rasmi Malaysia dengan cawangan Kuala Lumpur merupakan salah satu komuniti penyokong terbesar kelab itu. Ini mencerminkan kecintaan negara terhadap semua perkara yang berkait dengan United.

Advertisements

“Kami amat berbesar hati untuk mengalu-alukan MAS menyertai barisan rakan kongsi kami dan berharap untuk berkongsi perkhidmatan syarikat yang boleh dipercayai dan mesra dengan peminat global kami,” ujarnya.

Pengumuman ini sekaligus mematikan khabar angin yang mengatakan MAS berminat menjadi penaja baru Chelsea baru-baru ini.

Khabar angin tersebut timbul susulan tindakan The Blues membatalkan kerjasama dengan syarikat penerbangan Oman, Oman Air.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram