Advertising
“Mana Tahu Lepas Ini Piala Dunia Pula” – Faisal Halim
MakanBola
FA Malaysia

Pemain sayap lincah Harimau Malaya, Faisal Halim sememangnya tidak pernah menjangkakan sejak kecil bahawa dirinya akan menyarung jersi Malaysia ke kejohanan berprestij seperti Piala Asia.

Pemain berusia 25 tahun itu turut menganggap peluang beraksi di Qatar itu membuatkan dirinya terharu dan bangga menjadi seorang pemain.

Bagi Faisal, di dalam bola sepak tiada apa yang mustahil. Untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia suatu hari nanti juga bukanlah satu perkara yang mustahil.

Ad

“Saya tak pernah terfikir waktu saya kecil untuk bermain di pentas yang tinggi seperti ini (Piala Asia). Tapi inilah rezeki daripada Allah.

Ad

“Saya rasa terharu dan bangga menjadi seorang pemain mewakili Malaysia di pentas yang tertinggi. Semua orang mahu beraksi di pentas ini seperti Piala Asia dan Piala Dunia.

“Kita di landasan yang baik. Kita harungi satu persatu. Sekarang kita di Piala Asia, mana tahu masa akan datang, kita di Piala Dunia. Benda ni tak boleh jangka,” jelas Faisal Halim seperti disiarkan di Tiktok Harimau Malaya.

Ad

Faisal dijangka akan membentuk gandingan di bahagian serangan bersama Arif Aiman dan Romel Morales di Piala Asia nanti.

Malaysia diletakkan di kumpulan E bersama-sama tiga lagi pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan, Bahrain dan Jordan. Jordan akan menjadi lawan pertama Harimau Malaya pada 16 Januari.

Manakala di perlawanan kedua, Malaysia bakal bertemu Bahrain pada 20 Januari sebelum menutup aksi kumpulan dengan perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari.