Manchester City Mandi Peluh Atasi Cabaran Yokohama F. Marinos
Asia
Manchester City
Advertisements

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City terpaksa bekerja keras sebelum mengatasi kelab gergasi Jepun, Yokohama F. Marinos 5-3 dalam aksi pra-musim di Stadium Nasional Jepun hari ini.

Marinos langsung tidak gentar dengan pencapaian treble yang dicapai City musim lepas dan membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi Anderson Lopes.

Tersentak, anak-anak buah Pep Guardiola cuba bangkit memburu gol penyamaan. Tetapi malangnya, Tricolor makin selesa di hadapan menerusi Ken Matsubara pada minit ke-37.

Advertisements

Citizens menggandakan asakan dan berjaya mendapatkan dua gol dalam tempoh tiga minit menerusi John Stones dan Julian Alvarez.

Bersambung pada babak kedua, Guardiola memasukkan bintang-bintang utama Citizens sebagai pemain gantian termasuk penyerang berbisa Norway, Erling Haaland.

Advertisements

Dan Haaland tidak menunggu lama membantu City mendahului menerusi satu rembatan leret yang menewaskan penjaga gol Marinos, Jun Ichimori pada minit ke-52.

Pemain tengah Sepanyol, Rodri memastikan kemenangan milik Citizens dengan gol keempat perlawanan pada minit ke-72.

Advertisements

Bagaimanapun, Tricolor merapatkan jurang menerusi pemain tengah Kenta Inoue selepas berjaya melepasi perangkap ofsaid pada minit ke-86.

Tetapi City memastikan kemenangan bergaya milik mereka dengan Haaland mudah menolak masuk bola muntah yang terlepas daripada Ichimori untuk gol kelima pada minit ke-92.

Advertisements

Ia satu kejayaan yang baik buat City memandangkan ini merupakan perlawanan pra-musim pertama mereka sebelum EPL bermula pada bulan hadapan.

Selepas ini, Citizens bakal berdepan juara bertahan Bundesliga, Bayern Munich pada 26 Julai di Stadium Nasional Jepun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram