Manchester United dan Tottenham Hotspur mengalami nasib serupa dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/2025 setakat ini.
Umum mengetahui bahawa United dan Spurs tergolong dalam enam kelab besar ataupun ‘The Big Six’ yang beraksi di EPL sejak beberapa tahun yang lalu selain Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Manchester City.
Daripada enam pasukan besar tersebut, hanya United dan Spurs mengalami nasib serupa iaitu kedua-duanya sudah ditewaskan sebanyak sembilan kali dalam 19 perlawanan bagi saingan EPL musim ini.
Nasib lebih baik buat Spurs apabila mencatatkan 7 kemenangan berbanding United yang hanya memenangi 6 perlawanan.
Meskipun prestasi United berjaya distabilkan oleh pengendali interim, Ruud van Nistelrooy, magis pengendali baharu, Ruben Amorim belum mampu membawa pasukan itu ke kedudukan 10 teratas liga.
Liverpool merupakan pasukan ‘The Big Six’ paling berjaya dengan selesa di puncak liga selepas mengumpul 45 mata selepas 18 perlawanan. Kedudukan Liverpool kini dibezakan 8 mata dengan pasukan di tangga kedua, Nottingham Forest.
EPL yang kini berada di pertengahan musim sudah pastinya menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi melihat beberapa pasukan hebat dilihat terumbang-ambing seperti United, Spurs dan juga juara musim lalu, Manchester City.