Advertising
Manchester United Tutup Kantin, Potong Makan Tengah Hari
EPL
MakanBola
Manchester United

Manchester United bakal menutup kantin staf di Carrington dan Old Trafford sebagai sebahagian daripada langkah pemotongan perbelanjaan pasukan itu.

Daily Mirror melaporkan langkah tersebut dijangka memberi penjimatan sebanyak £1 juta (RM5.6 juta).

Ad

Sebelum ini, kelab memilih membatalkan makan tengah hari percuma yang diterima staf dan pekerja pasukan itu di Carrington dan Old Trafford.

Ad

Kini, langkah itu disusuli dengan penutupan kantin staf di dua lokasi yang dinyatakan. Staf yang bekerja di Old Trafford akan diberi buah-buahan.

Staf yang bekerja di Carrington bakal menerima sup dan roti sebagai ganti. Walau bagaimanapun, langkah ini tidak akan dikuatkuasakan sepenuhnya sehinggalah pengubahsuaian pusat latihan United selesai.

Ad

Selain penutupan kantin, The Red Devils juga merancang untuk melepaskan 200 staf. Sebelum ini, United melepaskan 250 staf pada tahun 2024.

Ad

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) United, Omar Berrada mengakui keputusan-keputusan yang dibuat ini bukan sesuatu yang mudah.

Ad

“Pilihan-pilihan yang sukar ini perlu demi meletakkan kelab kembali berada pada kedudukan kewangan yang stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

“Kita sudah kerugian selama lima tahun berturut-turut. Keadaan ini tidak boleh berterusan. Dua keutamaan kita ialah kelab meraih kejayaan di atas padang buat penyokong dan menambah baik kemudahan kita.

“Kita tidak boleh melabur dalam kedua-dua objektif ini jika kita berterusan mengalami kerugian.”

Berdasarkan statistik semasa, The Red Devils sudah mengalami kerugian sebanyak £300 juta (RM1.6 bilion) dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Ini termasuk kos pampasan masing-masing sebanyak £4 juta (RM22.3 juta) dan £10 juta (RM56 juta) kepada Erik ten Hag dan bekas pengarah sukan United, Dan Ashworth.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments