Manuel Hidalgo Selangkah Pulang Ke Sri Pahang
Transfer
Kedah Darul Aman
Advertisements

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman, Manuel Hidalgo difahamkan selangkah untuk pulang ke kelab lamanya, Sri Pahang.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkemuka tanah air, T. Avineshwaran berkenaan perkembangan terkini pemain kelahiran Argentina itu.

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab lain di Liga Super terutamanya apabila aksinya cukup memberangsangkan sejak beberapa musim lalu.

Advertisements

Nilai pasarannya juga melonjak tinggi sejak beraksi di Liga Super Malaysia menuru laman Transfermarkt,  memungkinkan beliau untuk mencari destinasi baharu.

Nilai pasaran bekas pemain Benfica B-19 ini adalah 325 Ribu Euro (RM1.7 Juta) berbanding 250 Ribu Euro (RM1.27 Juta) pada pertengahan tahun ini.

Laporan terkini menyebut bahawa pemain berusia 23 tahun itu selangkah untuk melengkapkan perpindahan ke kelab lamanya iaitu Sri Pahang.

Advertisements

Khidmat beliau diburu bersama seorang lagi pemain sayap Malaysia B-23, T. Saravanan yang difahamkan bakal menyertai Tok Gajah.

Pemain kelahiran Argentina ini beraksi cemerlang apabila mencatat 4 jaringan dan 10 bantuan gol dalam 27 perlawanan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram