Nilai Pasaran Manuel Hidalgo Meningkat Sejak Beraksi Di Liga Malaysia
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Persembahan memukau pemain sayap lincah Kedah Darul Aman FC, Manuel Hidalgo menjadi tumpuan selepas beliau beraksi cemerlang dalam tempoh hampir 3 musim beraksi di Liga Malaysia.

Pemain pasukan Kedah Darul Aman ini menikmati musim cemerlang bersama Sang Kenari apabila membantu pasukan untuk mengakhiri saingan pad kedudukan ke-4 Liga Super.

Masa depan pemain ini mula menjadi tanda tanya selepas difahamkan menarik minat beberapa buah kelab untuk mendapatkan khidmatnya.

Advertisements

Pemain kelahiran Argentina ini beraksi cemerlang apabila mencatat 4 jaringan dan 10 bantuan gol dalam 27 perlawanan musim ini.

Menerusi kemas kini laman Transfermarkt, saham Hidalgo meningkat naik sejak beliau beraksi di Liga Super Malaysia.

Nilai pasaran bekas pemain Benfica B-19 ini adalah 325Ribu Euro (RM1.7 Juta) berbanding 250Ribu Euro (RM1.27 Juta) pada pertengahan tahun ini.

Advertisements

Nilai ini juga jauh meningkat berbanding kali pertama beliau tiba dari Eropah pada tahun 2021 iaitu pada 50Ribu Euro (RM225 Ribu) ketika beraksi buat Sheffield Wednesday B-21.

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain difahamkan berminat untuk mengekalkan khidmat Hidalgo dan juga kapten pasukan, Manuel Ott untuk terus membawa cabaran pasukan pada musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram