Pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Manuel Hidalgo mengakui tidak sabar mewakili Harimau Malaya.
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan impian Hidalgo menyarung jersi Malaysia semakin hampir menjadi kenyataan.
Ini kerana selepas 4 April ini, bekas pemain sayap Sri Pahang FC itu melepasi syarat naturalisasi yang diperlukan untuk mewakili Harimau Malaya.
Apabila ditanya tentang prospek tersebut, Hidalgo mengakui sudah tidak sabar melihat perkara tersebut menjadi kenyataan.
“Saya tak sabar, saya tak boleh tunggu. Ianya merupakan satu penghormatan untuk menjadi (skuad kebangsaan) negara ini.
“Mereka membuka pintu kepada saya pada tahun 2021 semasa saya berusia 20 tahun,” katanya selepas perlawanan menentang Penang FC.
Hidalgo antara beberapa pemain import yang semakin hampir menyarung jersi Harimau Malaya. Selain beliau, rakan sepasukan, Bergson da Silva juga dilihat menghampiri impian sama.