“Mara Ke Final Satu-Satunya Cara Balas Jasa Rakyat Malaysia” – Kim Pan-gon
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Esok, aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 Malaysia-Thailand bakal menentukan siapa yang bakal menjadi lawan Vietnam di pentas final. Bagi jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, kejayaan ke final dilihat satu cara baginya membalas sokongan padu rakyat Malaysia terhadap skuad negara.

Akuinya dalam sidang media pra-perlawanan Thailand-Malaysia hari ini, beliau turut mengikuti perkembangan Piala AFF semasa masih bergelar jurulatih Hong Kong dan pengarah teknikal Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA).

Ini kerana Piala AFF merupakan satu kejohanan yang sentiasa menggamit perhatian peminat bola sepak Asia terutama di Asia Tenggara.

Advertisements

“Jika anda tanya saya secara peribadi, Piala AFF ialah satu kejohanan yang menarik. Semasa saya berada di Hong Kong dan Korea Selatan, ia merupakan satu kejohanan yang seronok untuk ditonton.

“Bila saya bergelar jurulatih (Malaysia), kejohanan ini menjadi sasaran saya. Layak ke final merupakan satu penghormatan yang besar. Ini cara saya membalas kepercayaan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Advertisements

Aksi kedua separuh akhir Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat esok menyaksikan Harimau Malaya membawa bekalan tipis satu gol hasil kemenangan tempoh hari. Justeru, anak-anak buah Pan-gon perlu bekerja keras bagi merealisasikan hasrat layak ke final buat kali pertama sejak edisi 2018.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram