Piala AFF: Malaysia Benam Thailand
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Aksi separuh akhir pertama saingan Piala AFF 2022 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Malaysia dan Thailand. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan Malaysia berjaya mencatat kemenangan menewaskan Thailand.

Anak buah kendalian Kim Pan-gon jelas tidak berdepan laluan sukar untuk menundukkan kejaguhan skuad Gajah Perang. Kehadiran 62,989 ribu penonton membantu Malaysia mecatat keputusan positif di laman sendiri.

Babak separuh masa pertama bermula dengan kedua-dua pasukan saling menyerang untuk mencari gol pembukaan. Malaysia berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-11 permainan menerusi jaringan Faisal Halim.

Advertisements

Faisal Halim berjaya menyempurnakan hantaran Ruventhiran sekaligus menewaskan penjaga gol Thailand, Kittipong Phoothawchuek.

Separuh masa pertama menyaksikan Malaysia mendahului Thailand dengan keputusan 1-0.

Separuh masa kedua pula bermula dengan banyak serangan dihalakan ke kubu tuan rumah. Harimau Malaya pada minit ke-54 mendapat jaringan hasil tandukan Dominic Tan, bagaimanapun jaringan itu dibatalkan pengadil.

Advertisements

Memasuki babak ke-70 permainan, Kim Pan-gon membawa masuk Haqimi Azim, Sergio Aguero dan Shamie Iszuan untuk memperkuat jentera serangan. Bagaimanapun tiada jaringan tambahan berjaya dihasilkan.

Lima minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. Malaysia menewaskan Thailand dengan keputusan 1-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram